Followers

Saturday, October 13, 2012

Resepi Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum. selamat hari sabtu :) korang dah plan nak masak pe untuk lunch arini? memandangkan my mom sekarang terlalu bz untuk update resepi baru, meh sini aku share resepi aku pulak :)



nasi ayam penyet ni memang famous kat skudai. hampir semua kedai makan kat sana nak jual nasi ni. rasa nyer nasi ayam penyet ni berasal daripada indonesia kot sebab masa mula2 makan nasi ni tahun 2008 lu, makan kat kedai orang indon. meh tengok apa bahan2 yang diperlukan:

  • bahan2 untuk penyediaan ayam:

- ayam (kuantiti bergantung kepada bil. orang).
- 1 sudu besar jintan manis*
- 3 sudu besar biji ketumbar*
- 1 sudu besar lada hitam*
- 1 sudu besar serbuk kari
- 3 ulas bawang putih
- garam secukup rasa
- sedikit air
- minyak untuk goreng
- sedikit tepung beras
*goreng tanpa minyak sampai wangi


  • bahan2 untuk penyediaan sup:

- 1 batang serai (dititik)
- 2 ulas bawang putih*
- 1 ulas bawang merah*
- 2 inci halia*
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 kuntum bunga cengkih
- 1 kiub pati ayam
- 1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
- garam secukup rasa
- air
*ditumbuk lumat


  • bahan2 untuk penyediaan sambal:

- 3 cili merah besar (kuantiti ikut suka)
- 5 cili padi (kuantiti ikut suka)
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 2 inci belacan
- 1 sudu besar ikan bilis
- 1 sudu besar gula merah
- sedikit minyak untuk menggoreng

cara2 memasak:

1) masukkan ayam yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama semua bahan2 penyediaan sup. biarkan sampai mendidih. bila ayam nampak macam dah masak, keluarkan ayam dan toskan.

2) masukkan jintan, ketumbar, lada hitam, serbuk kari, bawang putih, garam dan sedikit air ke dalam blender. kisar separa halus. kalau halus sangat x sedap. perapkan bersama ayam yang direbus tadi selama beberapa jam.

3) goreng cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, tomato sampai layu. ketepikan dan goreng belacan dan ikan bilis pulak. pastu kisar sampai halus semua bahan yang digoreng tadi.

4) masukkan sambal yang dikisar ke dalam kuali untuk dipanaskan. kacau sampai sambal bertukar warna gelap sikit then masukkan gula merah. kalau nak lebih masin, tambah garam. tapi selalu nyer dah cukup masin nyer sebab belacan & ikan bilis. kacau sampai puas hati ngan rasa nyer.

5) before goreng ayam, golek2 kan ayam ngan tepung beras sikit. jangan banyak sangat tepung tu sbb nanti dia serap minyak & ayam jadi x rangup pulak. goreng ayam sampai garing. boleh jugak nak goreng tempe skali. pastu, ketuk2 skit ayam goreng tu ngan lesung batu supaya 'penyet'.

6) tabur skit daun bawang / daun sup / bawang goreng dalam sup tadi. perah asam limau kat sambal before makan. DONE! :)

ayam penyet ni sedap makan ngan nasi putih je. pastu makan ngan ulam2 cam tomato, kacang panjang & kubis. pergh sedap! walaupun nampak cam banyak nyer proses nak buat tapi senang je.

selamat mencuba! ;D


    

12 orang comel:

Farra Ros said... [Reply]

dapnye..ada dilivery ke ktn x??

Farra Ros said... [Reply]

dapnye..ada dilivery ke ktn x??

Cik Sara said... [Reply]

Weee... okkk.. nak cari yang dah siap je.. hehehe...
In love giler dengan nasi ayam penyet ni.. sedangkan ayam dengan nasi putih je.. plus ulam dan sambal belacan.. ^^,

fiqkbe said... [Reply]

@Farra Ros

tunggu saya bkk restoren nasi ayam penyet kt kuantan ea :)

fiqkbe said... [Reply]

@Cik Sara

tu la pasal. ngah berusaha utk buat sampai jadi sedap mcm kt bibik ;D

NISA KHAIRI said... [Reply]

Wah menarik! Nak tryla.. Sblum ni asyik buat nasi ayam biasa je bila off day.. Pas ni nk tryla wat yg luar biasa kali ni... Hehehe..

NISA KHAIRI said... [Reply]

Wah menarik! Nak tryla.. Sblum ni asyik buat nasi ayam biasa je bila off day.. Pas ni nk tryla wat yg luar biasa kali ni... Hehehe..

fiqkbe said... [Reply]

@NISA KHAIRI

try tau. sedap giler nasi ayam penyet ni. hehe

mizzura said... [Reply]

Pergh...xnah wat plak nasi aym penyet...mkn jer tau...bisa dibikin ni...

fiqkbe said... [Reply]

@mizzura

cuba jgn x cuba ;)

NoEn said... [Reply]

sedapnya

fiqkbe said... [Reply]

@NoEn

sedap sgt. cuba la ;)

Related Posts with Thumbnails