Followers

Saturday, May 18, 2013

Babai Ruam ;)

Assalamualaikum

last entri fiq dah janji nak share solusi masalah ruam yang menganggu darwisyah kan. so produk yang ajaib itu ialah...

buds super soothing rescue lotion + buds super soothing hydrating cleanser.

so far dah nak dekat sebulan guna memang puas hati. hasilnya pun cepat. harga pun agak berpatutan. yang penting no paraben, no steroid & no alcohol. 100% organik. sejuk je bila apply kat kulit. picit sikit je losyen tu x sampai 1cm, bleh sapu kat seluruh muka. fiq sapu satu badan darwisyah sebab satu badan dia beruam. xtau la ruam tu sebab panas @ alergik. ruam yang jenis kalau biar lama2 jadi bernanah cam jerawat. masa mandi fiq tuang skit sabun tu dalam air mandian dan kacau. mandi sekali je sehari. petang lap2 je tapi still tuang skit sabun buds dalam air untuk lap. pas mandi baru sapu losyen tu ;)

 mula2 ruam naik kat pipi kanan.

 pastu pipi kiri, leher, belakang kepala, kaki, tangan & badan.

 hari ke-2 lepas pakai buds. mostly kulit dah licin. tinggal sikit2 kat pipi kanan & belakang kepala sebab kat situ paling tebal. 

pas 2 minggu pakai buds. kulit licin & kembali gebus ;D

rasa lega sangat bila ruam2 tu dah pegi. sekarang pun kadang2 ada jugak ruam tu bila cuaca panas sangat @ kena habuk tapi sikit je. sapu buds terus hilang pas baper minit sebab ruam jenis yang x serius cam dulu. so fiq bagi 5 bintang untuk produk buds ni. yay! ;D

fiq beli buds ni dekat babydash.com. sangat2 murah & penghantaran pun laju. order arini esok pagi terus sampai. harga asal RM49.90 untuk setiap satu (fiq dah servey kat kedai luar jual harga tu & usually out of stock) tapi sekarang babydash ngah wat sale so dapat RM37.40 untuk setiap satu. yay!! jimat sangat ;D untuk 1st time buyer, diorang ada bagi hadiah untuk anak kita. kalau kita refer kat kawan then kawan tu beli pape daripada babydash tu, kita dapat upah RM10. best kan? saper yang plan nak beli kat situ, hope dapat bagi nama & emel kat fiq (komen kat entri ni je @ email me02082@gmail.com) so fiq bleh add korang as referral friends. hope dengan pertolongan korang tu, fiq dapat upah untuk beli produk2 buds yang lain sebab kulit darwisyah ni sensitif sangat. kesian tengok.

thank you korang! hepi ruamless everyone ;D      




p/s: darwisyah rindu ayah... sobs ;(





Monday, May 13, 2013

Tiup Habuk Selepas 2 Minggu

Assalamualaikum

fuh.. fuh... fuuuhhhh.... ok dah hilang suma habuk kat blog ni. amboi tinggal blog baru 2 minggu dah berhabuk sakan. rumah pun sama. dah buang habuk satu rumah tadi then sekarang baru nak bersihkan habuk kat blog ni pulak. hihi.. 

pi mana sampai tinggal blog 2 minggu? seminggu je xde kat umah. follow husband gi melawat student LI kat 3 negeri. pastu balik kampung suami untuk mengundi. then gi konvo adik fiq. pastu balik umah rehat + guling2 + kemas umah. then baru sekarang ada masa nak update blog. iskh banyak menda nak citer ni ;D

disebabkan baanyaakk sangat mende nak story, fiq pendekkan je la ek *inshaaAllah kalau mampu pendekkan :P*

25 & 28 April 2013

- Memborong Buku di Pesta Buku Big Bad Wolf


murah! murah! wohoho..

kitorang pegi seawal 11 pagi untuk elak sesak ngan orang. yela kan x elok bawak baby gi tempat ramai orang. kitorang banyak beli buku untuk darwisyah sebab best & murah. around RM 3-RM 6 je sebuah. paling mahal pun RM 15. novel2 suma nyer RM 8. iskh kalau la fiq dapat baucar buku RM 250 tu, memang kena usung troli la kot nak abeskan baucar buku tu ;D sampai 2 kali pegi aritu sebab x puas borong buku aritu. ni plan nak pegi yang dekat JB pulak hujung bulan ni :P heehuuu


 11 darwisyah punya, 1 je fiq punya :P

 antara buku feveret darwisyah. boleh tarik untuk tengok kaler gambar2 yang xde kaler tu. harga RM 6.00 :)

 buku popup feveret darwisyah jugak. harga RM 10 :)


ni pun dia suka jugak. boleh tolak2 macam tingkap untuk tengok jawapan. harga RM 3.00 :)


- Pencarian Solusi Masalah Ruam Berjaya!


ruam yang makin merebak seluruh badan buat fiq x tido lena pikirkan solution. dah la gatal. cian tengok darwisyah dok tenyeh2 ruam dia sampai jadi merah.

google punya google jumpa satu produk yang review dia suma orang cakap bagus. terus kitorang beli on9 dan esoknya sampai terus apply satu badan. hasilnya macam magik! produk pe? later i tell u'olls ok ;)

6-8 mei 2013

- Attending my brother's Convocation Ceremony


berseri-serinya muka adik ku ni ;D

kalau before ni fiq dah merasa seronoknya jadi graduan, so sekarang turn adik fiq untuk seronok bergraduasi & fiq merasa pulak camne jadi orang yang tunggu kat luar dewan. fuh rasa masa berjalan sangat lambat + hujan panas + darwisyah asyik nanges sebab nak susu @ rimas. sangat mencabar ;D

- Pyjamas Party with friends ;D


lepas parents & adik2 dah bertolak balik, fiq & darwisyah g tumpang umah kawan satu malam then kitorang potpet2 sampai pagi. rindu woooo dah lama x jumpa. so banyak menda nak sembang + ada yang dah nak kawen x lama lagi. yay! hope dapat jumpa diorang lagi masa kenduri2 kawen tu ;)

12 mei 2013

- Selamat Hari Ibu :)


 fiq & darwisyah bergolek-golek bersama sementara menunggu hubby siapkan lunch sempena hari ibu. yay dapat cuti sehari dalam setahun ;D

gulai ayam yang terbaik di dunia, dimasak khas oleh suami tercinta. x bleh cari kat mana2 pun tau ;D

tahun ni 1st time fiq sambut hari ibu. dapat layanan special daripada suami :) best & terharu. tq sayang. muah! x sabar nak sambut hari ibu bila darwisyah besar nanti ;)

- iffah darwisyah is now 2 months 4 weeks


 dah makin besar & memanjang. rasanya carseat tu nak kena tukar dah x lama lagi. huhu..

 nak kena ada kat sisi dia bila dia dalam mood bermain. x suka main sorang2 xde orang layan. hoho...



dah boleh mengiring sendiri tanpa bantuan tapi kadang2 je. x expert lagi. esok lusa expert la kot ;D

baju & seluar banyak dah x muat. hoho.. nasib baik ramai orang bagi hadiah baju besar2. dah muat dah baju saiz 6-9 months. kesimpulannya umur kat baju xleh jadi ukuran untuk beli baju anak. 

ni cara fiq nak ukur baju kat darwisyah -> letak atas dia.

kalau before ni dia jarang nanges, tapi sekarang macam seronok lak dengar dia nanges sebab rasa cam normal skit :P nanges bila lambat bagi susu. kalau dia tido pastu terbangun tengok xde saper kat keliling dia, nanges. rimas panas nanges jugak. kadang2 xtau sebab pe dia nanges. 

sekarang pun fiq dah jarang pakaikan dia sarung tangan. darwisyah lagi suka x pakai. bleh hisap suma jari sepuasnya dan bleh explore surrounding dia ngan jari2nya. ni salah satu proses pembelajaran yang sihat :) tapi risiko korek mata & muka calar balar kena cakar ngan kuku sendiri. hoho... so fiq sentiasa make sure yang kukunya pendek :) sekarang dah kurang skit cakar muka & korek mata bila dah slalu biasakan dia x pakai sarung tangan. good girl :)

minggu depan genap umur 3 bulan nak kena gi klinik cucuk. tapi pas fiq baca pasal keburukan vaksin, rasa cam xnak lak bagi darwisyah kena cucuk. xpe ke ek? ada x saper2 yang x amik suntikan vaksin tu? help! fiq was2 patut amik ke x :(

ok tu je cerita 2 minggu yang tertangguh. ni dah kira pendek dah ni. hahahaha... tq for reading. tinggalkan jejak korang so senang skit nanti fiq nak gi jejalan kat blog korang pulak. dah lama x baca entri kat google reader tu so dah jadi beratus-ratus entri belum baca. memang dah x sempat nak baca kalau beratus gitu. k la, need to go now. tatawa ;D *tatawa tu brand biskut yang husband fiq pernah keje jap kat situ pas spm dulu*

 





Sunday, April 28, 2013

Resepi Penkek @ Lempeng Milo Guna Kuali

Assalamualaikum

Apa sarapan korang arini? Arini fiq nak share satu resepi yang amat2 lah mudah, iaitu penkek milo. Eh betul ke eja pancake dalam bahasa melayu penkek? Erm whatever la. Janji objektif entri ni tercapai. selalunya penkek ni orang buat guna non-stick pan tapi fiq guna kuali biasa je. jom try ;D




Bahan2nya (hidangan untuk 1-2 orang):

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk yis
  • 4 sudu serbuk milo
  • 3 sudu gula
  • Apa2 jenis susu. susu pekat @ cair boleh, susu full cream boleh (fiq guna satu paket hi-goat)
  • 1/2 cawan air suam 
  • 1 sudu mentega

Cara2nya:

  1. masukkan serbuk yis dalam air suam & kacau.
  2. gaulkan tepung gandum, milo, gula & susu dalam satu bekas. pastu masukkan bancuhan yis tadi. kacau rata
  3. panaskan mentega dalam kuali. tuang 1 senduk bancuhan penkek di tengah2 mentega cair.
  4. tutup dengan tudung periuk supaya gelembung2 udara terhasil atas penkek. biarkan seketika.
  5. terbalikkan penkek & biar sehingga masak.
  6. angkat & tuangkan bancuhan milo pekat di atasnya. siap!


senang kan? selamat mencuba & selamat berhujung minggu ;D






Related Posts with Thumbnails